::7 TINDAKAN RINGANKAN PENDERITAAN PENDUDUK PALESTIN::

on
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggariskan tujuh tindakan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin yang kini dengan rakusnya dibunuh tentera Israel.
Tujuh tindakan itu digariskan di dalam teks khutbah Jumaat bertajuk Tangisan Gaza yang dibacakan oleh Imam Masjid Negara, Md. Ali Sarbini hari ini.
l Pertama: Membabitkan penyaluran bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang sedang menderita melalui badan diiktiraf kerajaan yang kemudiannya akan menyalurkannya pula melalui Kementerian Luar Negeri.

l Kedua: Melibatkan usaha memboikot perkhidmatan seperti perbankan, insurans, syarikat minyak dan barangan yang mempunyai kepentingan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

l Ketiga: Negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara-negara lain patut menghentikan penggunaan mata wang dolar Amerika dalam sebarang urusan perdagangan.

l Keempat: Perlunya tindakan segera dilakukan untuk menyatupadukan umat dan negara Islam seluruh dunia bagi menghadapi Israel.

l Kelima: Membawa penjenayah perang Israel ke muka pengadilan.

l Keenam: Menghapuskan tanggapan karut di kalangan umat Islam bahawa usaha melawan kuasa besar seperti AS adalah umpama mimpi di siang hari yang tidak akan tercapai sampai bila-bila.

l Ketujuh: Sentiasa berdoa bagi memastikan kesabaran dan ketabahan serta kemenangan sentiasa berpihak pada umat Islam.


Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Mahukah
aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa
yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,
serta berjuang membela agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang
demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat
yang sebenarnya)."


0 comments:

Post a Comment