Berdakwah Sehingga Ke Pusat Hiburan

on
SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatur program 'ulama turun padang' bertujuan menyampaikan dakwah di pusat hiburan dan kelab malam yang menjadi tumpuan golongan muda Melayu termasuk kalangan artis tempatan.

Katanya, program hasil idea golongan artis yang prihatin terhadap penularan gejala sosial akan digerakkannya dalam tempoh terdekat dengan bantuan kumpulan pendakwah yang akan dilatihnya sendiri.

“Program dakwah yang saya katakan sebelum ini buat permulaan akan digerakkan di Selangor kerana negeri ini mempunyai majoriti penduduk Islam.

“Kita perlu berdakwah sehingga sampai ke situ sekurang-kurangnya bersembang, bertanya, mengedarkan risalah dan menasihati mereka. Mungkin buat pe:rmulaan saya akan turun padang melatih dan memantau kumpulan pendakwah ini,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian: semalam bagi menjelaskan laporan muka depan Sinar Harian semalam berhubung hasratnya ke disko untuk berdakwah.

:Menurut laporan itu, Asri berkata, beliau berhasrat mengembangkan kegiatan dakwah sehingga ke pusat hiburan, walaupun tidak mendapat sijil tauliah dan bercadang menumpu kepada pusat-pusat hiburan yang dikunjungi orang Melayu di Selangor.

:Beliau berkata, walaupun tidak mendapat tauliah, usaha berdakwah di pusat karaoke dan seumpamanya perlu diadakan kerana kebanyakan program dakwah hanya tertumpu di masjid dan surau.

:“Kita kena tahu apa yang pendakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) buat. Tidak perlu kajian kerana kita rasa orang ramai sendiri tahu apa yang berlaku. Program berdakwah hanya tertumpu di masjid dan surau.

“Ini bukan soal kenapa tumpu di Selangor sahaja. Sepatutnya dakwah perlu merata seperti yang dilakukan tokoh ilmuan Muslimin, Hasan al-Bana dan jemaah tabligh,” katanya.

Beita ini disunting daripada Sinar Harian.

1 comments:

Coat Chow said...

it's so hard to cheapdomainpromocodes.com understand.

Post a Comment